Kotatsu adalah meja rendah
Jepun yang ditutup oleh selimut tebal dan tilam Futon dan bahagian meja leper
diletakkan di atasnya. Di bawahnya terdapat pemanas sebagai sumber haba,
seringkali kali dibina di bawah meja itu sendiri. Pada asalnya, reka bentuk
Kotatsu adalah untuk pengguna yang memakai pakaian tradisional Jepun, dimana
haba akan memasuki jubah dan keluar ke tengkuk, lalu
memanaskan seluruh badan.
Kotatsu boleh dilihat sebagai sejenis perabot / alat yang melambangkan rumah
atau keluarga Jepun.
Sejarah kotatsu bermula
pada zaman Muromachi ketika abad ke-14. Kisahnya bermula dengan Irori iaitu
tempat perapian yang dibina di tengah-tengah ruang tamu rumah tradisional Jepun.
Digunakan untuk memanaskan rumah dan masakan, ia adalah lubang 4 segi di atas
lantai dengan cangkuk yang dikenali sebagai Jizaikagi dan cerek. Arang adalah
bahan bakar utama untuk memasak dan memanaskan di dalam rumah dan sering
digunakan untuk memanaskan Irori.
Irori; tempat perapian di
tengah-tengah ruang tamu yang simple tapi stylo. Kalau la ada benda macam ni kat rumah, tak
perlu la pergi ke dapur semata-mata nak jerang air… Kan? J
Arang mametan merupakan bahan bakar kotatsu
yang popular pada awal abad ke-20.
Menjelang
abad ke-14 di Jepun, pelantar tempat duduk diperkenalkan kepada Irori dan
fungsi memasaknya diasingkan dari tempat duduk. Di atas pelantar kayu terdapat
ruang untuk memerangkap dan menyimpan “kali”. Bentuk Horigotatsu diubah sedikit
pada zaman Edo ketika abad ke-17. Perubahannya terdiri daripada lantai Irori
dikorek dalam bentuk petak. Pelantar kayu ditampal di kelilingnya sebagai
pemanas. Selimut diletakkan di atas pelantar di mana kaki pengguna boleh duduk
di bawah untuk kekal panas. Kotatsu yang boleh bergerak dicipta daripada konsep
Horigotatsu. Daripada menempatkan arang di dalam Irori, ia ditempatkan di dalam
sebuah periuk tanah yang ditempatkan di atas tatami, menjadikan kotatsu boleh
dialihkan. Kotatsu gaya moden ini dikenali sebagai Okigotatsu di mana “oki”
bermaksud letak.
Pada pertengahan abad ke-20,
arang digantikan pemanas elektrik. Selain daripada periuk tanah yang boleh
bergerak dengan arang di bawah kotatsu, terdapat rekaan untuk menyambung
pemanas elektrik terus ke rangka meja. Oleh itu kotatsu menjadi mudah alih
dengan tenaga elektrik dan menjadikan kemestian di dalam rumah orang Jepun.
Jenis-jenis:
Terdapat 2 jenis kotatsu
yang digunakan di Jepun, berbeza dari segi penyelarasan dan cara pemanasnya.
Elektrik: Kotatsu moden yang
terdiri daripada meja dengan pemanas elektrik disambungkan pada bawahnya. Cara
pemanasan diubahsuai dengan lingkaran pemanas yang dipasangkan di bawah meja.
Pemanas elektrik disambungkan ke bahagian bawah meja untuk menghasilkan haba di
bawah selimut.
Arang: Jenis tradisional dengan
meja diletakkan di atas lantai. Ruang dalam lantai yang dikosongkan adalah
kira-kira sedalam 40sm. Pemanas arang diletakkan di antara lantai dan dinding
lubang, atau dalam kotatsu gaya moden yang disambungkan pada rangka meja.
Namun, terdapat jenis lubang kotatsu dengan pemanas elektrik.
No comments:
Post a Comment