Sunday, 8 February 2015

#✘TRAVAGANZA : Pelbagai perisa kerepek kentang

Di bawah merupakan pelbagai perisa kerepek kentang yang ada di seluruh dunia... Lets cekidot 




➀ Sebagai satu usaha mengeluarkan edisi terhad bagi #PialaDunia2010,
pihak pengeluar snek dari British iaitu Walkers telah mengeluarkan perisa daging bakar Inggeris dan juga puding Yorkshire.

➁ Pengeluar dari Australia pula iaitu Red Rock Deli versi kerepek kentang istimewa mereka untuk perisa ayam soya madu.


➂ Antara salah satu perisa paling popular untuk kerepek kentang di China ialah bluberi.
*ps: Tengok awek tu makan pun dah cukup buat
admin lapar ciked.

➃ Orang-orang Rusia pula gemar kerepek kentang mereka mempunyai perisa kaviar merah.

➄ Orang-orang Czechoslovakia dikatakan gemar mengutip cendawan dan menukarkannya kepada pelbagai bentuk hidangan makanan, jadi tidak hairanlah salah satu daripadanya ialah kepada kerepek kentang.

➅ Pada tahun 2013, satu pertandingan untuk menghasilkan perisa baru kerepek kentang di Kanada telah dimenangi oleh kerepek kentang dengan perisa sirap Maple dan juga rusa.


➆ Pengeluar snek dari Jepun iaitu Calbee mengeluarkan kerepek kentang daripada hidangan sejenis akar bit dari Ukraine.


➇ Satu lagi perisa yang cukup popular di negara China ialah kerepek kentang perisa teh lemon.


➈ Satu lagi kelainan iaitu kerepek kentang Cappuchino.


➉ Pada tahun 2012, pihak Pringles telah mengeluarkan kerepek kentang perisa peppermint coklat.

➊ Pringles turut mengeluarkan sejenis lagi perisa kerepek kentang yang agak luarbiasa iaitu Xtreme Screamin' Dill Pickle yang mana rasanya adalah campuran rasa masam yang melampau seakan-akan cuka.

➋ Tambahan kepada keluaran dari China ialah kerepek kentang perisa timun.

➌ Jika tak suka kerepek kentang perisa bluberi ataupun timun, bolehlah perisa buah-buahan keluaran negara China iaitu kiwi.

➍ Pringles turut mengeluarkan kerepek kentang berperisa kulit kayu manis dan gula yang diedarkan secara terhad secara terhad untuk musim luruh dan sejuk tahun lepas.

Admin rasa kalau orang Malaysia ni kreatif ciked dan berfikiran jauh ke depan, mungkin yang ada di dalam gambar di bawah ini menjadi salah satu produk terkenal... HAHAHA... Apa komen anda? Luahkan saja... XD










No comments:

Post a Comment