Monday, 9 February 2015

#✘TRAVAGANZA: Fakta unik tentang One Piece.


One Piece merupakan anime yang mengisahkan tentang sekumpulan lanun yang diketuai oleh Monkey D. Luffy yang mahu mencari harta karun lagenda yang bernama One Piece. Pada Februari 2005, One Piece mencipta rekod di Jepun sebagai penerbitan manga yang tercepat, iaitu mencapai 100, 000 000 salinan. Dan inilah fakta-faktanya:

Tahukah anda?

Pada awalnya pengarang One Piece iaitu Oda Eiichiro merancang One Piece akan disiarkan sekitar 5 tahun dan dia telah menetapkan penamatnya, tetapi dia terlalu ‘menikmati’ jalan ceritanya dan sekarang dia tidak tahu bila One Piece akan berakhir.

Shichibukai.
Shichibukai direka menurut salah satu filem kesukaan pengarang One Piece, Oda Eiichiro iaitu The Seven Samurai dan tahukah anda bahawa ke tujuh-tujuh anggota Shicibukai memiliki tema haiwan pada namanya?
- Dracule Mihawk (helang)
- Bartholomew Kuma (beruang)
- Crocodile (buaya)
- Donquixote Doflamingo (burung flamingo)
- Boa Hancock (ular)
- Jinbei (ikan yu)
- Gekko (cicak)

World Government = LBB
(Liga Bangsa-Bangsa, organisasi
awal sebelum PBB), WG dibentuk
dari 20 wilayah kerajaan pada
awalnya, sama dengan LBB yang
awalnya baru diikuti oleh 20
negara.



Thriller Bark juga direka menurut salah satu filem kesukaan beliau iaitu Tim Burton’s Nightmare Before Christmas.


Poster Ganjaran Yang Pertama
Poster ganjaran yang pertama kali muncul dalam One Piece adalah poster ganjaran Mikio Itoo, iaitu kawan merangkap rakan sekerja pengarang yang pernah menjadi pembantu mangaka Watsuki Nobuhiro. Oda memasukkan Mikio sebagai kemunculan khas dalam manganya sebagai bentuk penghormatan.


Keluarga Monkey

Tahukah anda? Keluarga Monkey mempunyai sesuatu di kawasan mata kiri mereka, entah disengaja atau tidak. Mari perhatikan:
☉ Monkey D. Dragon mempunyai tatu memanjang di kawasan mata kirinya.
                  Monkey D. Garp mempunyai bekas jahitan setengah melingkar di sekitar mata kirinya.

☉ Monkey D. Luffy mempunyai bekas jahitan di bawah mata kirinya.




Ussop.

Ussop si Pembohong seperti Pinokio jika berbohong; hidungnya akan memanjang dan namanya sesuai dengan salah satu perkataan Jepun iaitu Uso yang bermaksud bohong.




Seluar yang dipakai God Enel mirip motif batik dan imejnya diinspirasikan dari rapper kesukaan pengarang iaitu Eminem.
Wanita yang bersebelahan dengan God Enel yang di dalam gambar atas ini mungkin neneknya, entah... Admin teka je, jangan marah ye nek!? Hehehe...


Karakter Aokiji diambil dari karakter Yusaku Matsuda. Seperti Aokiji, Kizaru juga diadaptasikan dari salah satu artis Jepun yang terkenal iaitu Kunie Tanaka. Nama asli Kizaru iaitu Borsalino merupakan nama karakter yang pernah dibawa sendiri Kunie Tanaka di dalam sebuah filem.


Aokiji, Akainu & Kizaru diinspirasikan dari cerita dongeng Jepun iaitu Momotaro. Ianya mengisahkan tentang seorang budak yang hendak pergi membasmi raksasa bersama 3 haiwan ganas iaitu burung pagar biru (Aokiji), anjing merah (Akainu) dan juga monyet kuning (Kizaru).


Yang terakhir ialah; kebanyakkan jurus One Piece
diambil dari nama-nama Dewa
(Khusus jurus God Enel : El Thor,
Kiten, Jambure)

Semoga terhibur. 

No comments:

Post a Comment