Saturday, 21 February 2015

#Xtravaganza: Kotatsu (Sejenis meja pemanas dari Jepun)


Kotatsu adalah meja rendah Jepun yang ditutup oleh selimut tebal dan tilam Futon dan bahagian meja leper diletakkan di atasnya. Di bawahnya terdapat pemanas sebagai sumber haba, seringkali kali dibina di bawah meja itu sendiri. Pada asalnya, reka bentuk Kotatsu adalah untuk pengguna yang memakai pakaian tradisional Jepun, dimana haba akan memasuki jubah dan keluar ke tengkuk, lalu
memanaskan seluruh badan. Kotatsu boleh dilihat sebagai sejenis perabot / alat yang melambangkan rumah atau keluarga Jepun.

Sejarah kotatsu bermula pada zaman Muromachi ketika abad ke-14. Kisahnya bermula dengan Irori iaitu tempat perapian yang dibina di tengah-tengah ruang tamu rumah tradisional Jepun. Digunakan untuk memanaskan rumah dan masakan, ia adalah lubang 4 segi di atas lantai dengan cangkuk yang dikenali sebagai Jizaikagi dan cerek. Arang adalah bahan bakar utama untuk memasak dan memanaskan di dalam rumah dan sering digunakan untuk memanaskan Irori.

Irori; tempat perapian di tengah-tengah ruang tamu yang simple tapi stylo. Kalau la ada benda macam ni kat rumah, tak perlu la pergi ke dapur semata-mata nak jerang air… Kan? J

Arang mametan merupakan bahan bakar kotatsu yang popular pada awal abad ke-20.

Menjelang abad ke-14 di Jepun, pelantar tempat duduk diperkenalkan kepada Irori dan fungsi memasaknya diasingkan dari tempat duduk. Di atas pelantar kayu terdapat ruang untuk memerangkap dan menyimpan “kali”. Bentuk Horigotatsu diubah sedikit pada zaman Edo ketika abad ke-17. Perubahannya terdiri daripada lantai Irori dikorek dalam bentuk petak. Pelantar kayu ditampal di kelilingnya sebagai pemanas. Selimut diletakkan di atas pelantar di mana kaki pengguna boleh duduk di bawah untuk kekal panas. Kotatsu yang boleh bergerak dicipta daripada konsep Horigotatsu. Daripada menempatkan arang di dalam Irori, ia ditempatkan di dalam sebuah periuk tanah yang ditempatkan di atas tatami, menjadikan kotatsu boleh dialihkan. Kotatsu gaya moden ini dikenali sebagai Okigotatsu di mana “oki” bermaksud letak.


Pada pertengahan abad ke-20, arang digantikan pemanas elektrik. Selain daripada periuk tanah yang boleh bergerak dengan arang di bawah kotatsu, terdapat rekaan untuk menyambung pemanas elektrik terus ke rangka meja. Oleh itu kotatsu menjadi mudah alih dengan tenaga elektrik dan menjadikan kemestian di dalam rumah orang Jepun.

Jenis-jenis:
Terdapat 2 jenis kotatsu yang digunakan di Jepun, berbeza dari segi penyelarasan dan cara pemanasnya.

Elektrik: Kotatsu moden yang terdiri daripada meja dengan pemanas elektrik disambungkan pada bawahnya. Cara pemanasan diubahsuai dengan lingkaran pemanas yang dipasangkan di bawah meja. Pemanas elektrik disambungkan ke bahagian bawah meja untuk menghasilkan haba di bawah selimut.

Arang: Jenis tradisional dengan meja diletakkan di atas lantai. Ruang dalam lantai yang dikosongkan adalah kira-kira sedalam 40sm. Pemanas arang diletakkan di antara lantai dan dinding lubang, atau dalam kotatsu gaya moden yang disambungkan pada rangka meja. Namun, terdapat jenis lubang kotatsu dengan pemanas elektrik.










Monday, 9 February 2015

#✘TRAVAGANZA: Fakta unik tentang One Piece.


One Piece merupakan anime yang mengisahkan tentang sekumpulan lanun yang diketuai oleh Monkey D. Luffy yang mahu mencari harta karun lagenda yang bernama One Piece. Pada Februari 2005, One Piece mencipta rekod di Jepun sebagai penerbitan manga yang tercepat, iaitu mencapai 100, 000 000 salinan. Dan inilah fakta-faktanya:

Tahukah anda?

Pada awalnya pengarang One Piece iaitu Oda Eiichiro merancang One Piece akan disiarkan sekitar 5 tahun dan dia telah menetapkan penamatnya, tetapi dia terlalu ‘menikmati’ jalan ceritanya dan sekarang dia tidak tahu bila One Piece akan berakhir.

Shichibukai.
Shichibukai direka menurut salah satu filem kesukaan pengarang One Piece, Oda Eiichiro iaitu The Seven Samurai dan tahukah anda bahawa ke tujuh-tujuh anggota Shicibukai memiliki tema haiwan pada namanya?
- Dracule Mihawk (helang)
- Bartholomew Kuma (beruang)
- Crocodile (buaya)
- Donquixote Doflamingo (burung flamingo)
- Boa Hancock (ular)
- Jinbei (ikan yu)
- Gekko (cicak)

World Government = LBB
(Liga Bangsa-Bangsa, organisasi
awal sebelum PBB), WG dibentuk
dari 20 wilayah kerajaan pada
awalnya, sama dengan LBB yang
awalnya baru diikuti oleh 20
negara.



Thriller Bark juga direka menurut salah satu filem kesukaan beliau iaitu Tim Burton’s Nightmare Before Christmas.


Poster Ganjaran Yang Pertama
Poster ganjaran yang pertama kali muncul dalam One Piece adalah poster ganjaran Mikio Itoo, iaitu kawan merangkap rakan sekerja pengarang yang pernah menjadi pembantu mangaka Watsuki Nobuhiro. Oda memasukkan Mikio sebagai kemunculan khas dalam manganya sebagai bentuk penghormatan.


Keluarga Monkey

Tahukah anda? Keluarga Monkey mempunyai sesuatu di kawasan mata kiri mereka, entah disengaja atau tidak. Mari perhatikan:
☉ Monkey D. Dragon mempunyai tatu memanjang di kawasan mata kirinya.
                  Monkey D. Garp mempunyai bekas jahitan setengah melingkar di sekitar mata kirinya.

☉ Monkey D. Luffy mempunyai bekas jahitan di bawah mata kirinya.




Ussop.

Ussop si Pembohong seperti Pinokio jika berbohong; hidungnya akan memanjang dan namanya sesuai dengan salah satu perkataan Jepun iaitu Uso yang bermaksud bohong.




Seluar yang dipakai God Enel mirip motif batik dan imejnya diinspirasikan dari rapper kesukaan pengarang iaitu Eminem.
Wanita yang bersebelahan dengan God Enel yang di dalam gambar atas ini mungkin neneknya, entah... Admin teka je, jangan marah ye nek!? Hehehe...


Karakter Aokiji diambil dari karakter Yusaku Matsuda. Seperti Aokiji, Kizaru juga diadaptasikan dari salah satu artis Jepun yang terkenal iaitu Kunie Tanaka. Nama asli Kizaru iaitu Borsalino merupakan nama karakter yang pernah dibawa sendiri Kunie Tanaka di dalam sebuah filem.


Aokiji, Akainu & Kizaru diinspirasikan dari cerita dongeng Jepun iaitu Momotaro. Ianya mengisahkan tentang seorang budak yang hendak pergi membasmi raksasa bersama 3 haiwan ganas iaitu burung pagar biru (Aokiji), anjing merah (Akainu) dan juga monyet kuning (Kizaru).


Yang terakhir ialah; kebanyakkan jurus One Piece
diambil dari nama-nama Dewa
(Khusus jurus God Enel : El Thor,
Kiten, Jambure)

Semoga terhibur. 

Sunday, 8 February 2015

#✘TRAVAGANZA : Pelbagai perisa kerepek kentang

Di bawah merupakan pelbagai perisa kerepek kentang yang ada di seluruh dunia... Lets cekidot 




➀ Sebagai satu usaha mengeluarkan edisi terhad bagi #PialaDunia2010,
pihak pengeluar snek dari British iaitu Walkers telah mengeluarkan perisa daging bakar Inggeris dan juga puding Yorkshire.

➁ Pengeluar dari Australia pula iaitu Red Rock Deli versi kerepek kentang istimewa mereka untuk perisa ayam soya madu.


➂ Antara salah satu perisa paling popular untuk kerepek kentang di China ialah bluberi.
*ps: Tengok awek tu makan pun dah cukup buat
admin lapar ciked.

➃ Orang-orang Rusia pula gemar kerepek kentang mereka mempunyai perisa kaviar merah.

➄ Orang-orang Czechoslovakia dikatakan gemar mengutip cendawan dan menukarkannya kepada pelbagai bentuk hidangan makanan, jadi tidak hairanlah salah satu daripadanya ialah kepada kerepek kentang.

➅ Pada tahun 2013, satu pertandingan untuk menghasilkan perisa baru kerepek kentang di Kanada telah dimenangi oleh kerepek kentang dengan perisa sirap Maple dan juga rusa.


➆ Pengeluar snek dari Jepun iaitu Calbee mengeluarkan kerepek kentang daripada hidangan sejenis akar bit dari Ukraine.


➇ Satu lagi perisa yang cukup popular di negara China ialah kerepek kentang perisa teh lemon.


➈ Satu lagi kelainan iaitu kerepek kentang Cappuchino.


➉ Pada tahun 2012, pihak Pringles telah mengeluarkan kerepek kentang perisa peppermint coklat.

➊ Pringles turut mengeluarkan sejenis lagi perisa kerepek kentang yang agak luarbiasa iaitu Xtreme Screamin' Dill Pickle yang mana rasanya adalah campuran rasa masam yang melampau seakan-akan cuka.

➋ Tambahan kepada keluaran dari China ialah kerepek kentang perisa timun.

➌ Jika tak suka kerepek kentang perisa bluberi ataupun timun, bolehlah perisa buah-buahan keluaran negara China iaitu kiwi.

➍ Pringles turut mengeluarkan kerepek kentang berperisa kulit kayu manis dan gula yang diedarkan secara terhad secara terhad untuk musim luruh dan sejuk tahun lepas.

Admin rasa kalau orang Malaysia ni kreatif ciked dan berfikiran jauh ke depan, mungkin yang ada di dalam gambar di bawah ini menjadi salah satu produk terkenal... HAHAHA... Apa komen anda? Luahkan saja... XD